late night restaurant

Thursday, March 17, 2016

Hi.

Late Night Restaurant atau Midnight Diner. Actually drama Korea ni terbit sejak tahun lepas lagi, and tahun lepas lagi dah tengok as I remember lah, tu pun tahu and tengok with my cousin.  Thanks cousin.  So teringin nak buat ala ala review menghilangkan bosan mana tahu kut kut nak hilangkan bosan sama macam I and tengok this drama huhuhu.

Kita suka drama ni sebab tak bosan ( part tu of course lah) and nice too.  Haaa gitu. As for me lah,  drama ni lain dari drama yang pernah kita tengok sebelum ni so that why rasa macam best . Best sebab makanan. It's all about food lah. Bila tengok dia buat and masak makanan tu memang tekak ni teringin lah sangat nak makan sekali.

Sinopsis pendek drama :
Okeh drama ni actually based on komik Shinya Shokudo dari Jepun. Ada satu restoran kat Seoul, Korea ni dia buka start pukul 12 tengah malam sampai pukul 7 pagi, kira tak macam other restaurant la gitu. Malam dia bukak siang hari dia tutup. Tuan punya kedai merangkap tukang masak and tukang buat air and tukang pendengar cerita pelanggan-pelanggan dia ni as for me agak misteri sikit, yang dipanggil 'Master' dan dekat bahagian mata kiri dia berparut. Kedai dia takde menu makanan or minuman,  just cakap nak makan apa,  kalau ada bahan memang dia buat. Sambil dia masak masak or duduk dia akan dengar story life customer-customer dia dengan sepenuh hati. Acecece part sepenuh hati tu tambah je. Kedai dia ni jenis kedai tradisional orang korea kalau tak silap.
And all episodes are named after a certain form of food, most of them of Korean origin lah so memang best and at the same time secara tak langsung kita dapat tahu makanan from Korea iyo dok haha. So bila tengok terasa nak makan. And untuk sape-sape teringin nak tahu pasal food-food korea ni just tengok drama ni okeh.

Tak terlampau kelakar tak terlampau sedih just so so je so sangat kena dengan jiwalah especially part-part makan tuh.

p/s : harap kat Malaysia pun ada kedai makan macam ni hoohoo boleh lah pergi lepak malam-malam ^_^

book review | aku kan novelis! by nurul syahida

Tuesday, March 08, 2016

Hi



AKU KAN NOVELIS! adalah novel first yang aku baca daripada penulisnya, iaitu Nurul Syahida. Kira AKU KAN NOVELIS!  ni adalah karya dari Nurul Syahida yang first I beli masa form four tahun 2010 dulu,  tu pun beli dari kedai buku terpakai time hujan. First time beli novel sendiri, biasa pinjam from kawan-kawan and from library je.


Sinopsis Aku Kan Novelis :

Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorang novelis terunggul.

Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini?  Adakah kerana aku berlagak dengan mereka bahawa aku dapat menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan?  Sudah berapa lama Iza terbelengu dengan masalah cintanya dengan Hisham yang tak berkesudahan. Akhirnya, aku yang mempertemukan dia dengan Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dengan lelaki yang serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dengan membelenggukan diri aku dengan masalah lain pula?

Aku benci dengan keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yang amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dengannya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yang penuh dengan carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dengan telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yang hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.


*****

Sebagai seorang penulis, elemen terpenting yang harus dimiliki adalah keinginan untuk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dalam dan luar kotaknya.  Juga menjadi pendengar yang baik.  Aku sering merasa keupayaan itu untuk melihat dunia orang lain dalam satu demensi yang berbeza, sesuatu yang harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman-teman yang menjadi cermin untuk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini. -Nurul Syahida

Beli tahun 2010 and sekarang baru buat review novel? Logik akal sebab time tu tak pakai broadband and wifi and no laptop netbook computer semua at my home and time tu I don't know what is blog is? Suka novel ni sebab dia jenis 'ringan', tak payah sakit otak weh nak pikir about itu ini itu ini,  just baca dengan gaya santai and for sure mesti gelak time baca sebab kelakar, ada loyar buruk, juga pengisian.
Bukan jenis novel yang terlampau penuh dramatik segala. Nurul Syahida, sebagai seorang writer, dia sangat berbakat.

1. Safiah as a novelis, watak protagonis. Bila baca tu, memang rasa seolah-olah Safiah yang jadi tukang cerita.


2. Bukan macam tipikal novel yang lain yang terover dengan konflik yang tak berkesudahan, dalam novel ni still lagi ada konflik tapi tak terlampau berat.

3. At the first,  ingat Helmi is the hero masa mula-mula baca but yada yada... the hero muncul pada pertengahan story. Unlike the others novel, part mula-mula story hero muncul bosan weh.

4. Roul,  makhluk si Middle Earth yang rambut panjang paras bahu berwarna merah, mata kanannya yang berwarna merah juga *of course contact lens* , bertindik dan juga bercakap lu gua lu gua.
Oh Roul juga ada galeri seni di Damansara Uptown , buat freelancing at Divert Art dan juga syarikat penerbitan buku di mana Safiah juga bekerja di bawah company yang sama as a full time novelis.

5. Roul sweet dengan gaya tersendiri walaupun dengan rambut dan mata kanannya yang berwarna merah, Roul still sweet. Contohnya...

"Sebab Lulu awek abang."

"Lulu sayang gua sebab tu Lulu buatkan gua kopi."

"Warna biru tak elok. Sesuai warna putih. nampak suci."

6. Kawan-kawan yang tak berapa nak rasional like Helmi and Iza. Ada jugak kawan-kawan yang macam ni dalam realiti.  Kalau aku jadi Roul,  aku pun tumbuk jugak muka Helmi.

Suka novel ni sebab no sayang-sayang like the whole novel. Last but not least,  pheww this is my first review so sekiranya kurang sana sini juga rasa ayat-ayat cinta macam kurang ajar, mintak ampun.

'Sebab tu gua suka Lulu. Sebab tu gua rasa gua nak Lulu. Gua tak main-main. Bukan sebab nak gembirakan Zara no that's not it. Gua nak Lulu sebab Lulu ubah hidup orang.  Gua nak Lulu ubah hidup gua.

Kalau aku nak orang gila,  aku pergi rumah orang sakit jiwa - Safi.

Dunia ini adalah rumah sakit jiwa. Gua dan Lu juga adalah pesakit gila - Roul 

No.  Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yang aku matikan pada bab yang pertama - Safi.

Tapi Lu tak matikan pun. Lu cuma harap Lu boleh matikan.  Sebab sampai sekarang pun gua masih lagi ada di sini.  Dan Lu masih layan gua bercakap. -.Roul 

Mungkin kau bukan watak dalam novel aku,  sebab tu kau tak mati - mati sampai sekarang. - Safi.

Update on Instagram

© Erni Hasmiza . Design by Fearne.